MASA UNTUK MAKAN VITAMIN?

Salam...

Saya akui, memang susah nak disiplinkan diri untuk ambil vitamin on time yang buat kita kadang- kadang terlepas masa untuk makan vitamin. Nanti jadinya lama- lama tak makan. Tak mahu macam tu tau...sebab sel badan kita akan berganti setiap 3 bulan, jadi untuk tengok kesan bila kita ambil supplemen mesti konsisten dan istiqamah. Barulah badan cergas, bila bangun pagi badan rasa fresh je...kan?

Andai kata kalau terlepas waktu makan vitamin jangan la risau..^^ Vitamin bukan macam ubat kena makan on time..tapi ada guideline yang kita ikut supaya penyerapan vitamin lebih optimum...Dan yang penting air; mesti minum banyak supaya nutriet dapat diserap dengan baik.

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.


Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN
Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang
berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita.
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

Sebagai panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, bolehlah mencuba jadual seperti dibawah

Selepas sarapan pagi : Vitalea dan B complex

In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Alfalfa


In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)


Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :


Lecithin dan Alfalfa  boleh diambil 2 biji (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet)
selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.


Banyak lagi yang saya nak kongsikan... nantikan di next entry saya akan share jadual makan vitamin untuk preggy mommies, breastfeed mommy, dan untuk segenap lapisan umur dan masyarakat.

Cuma harapan saya, harus disiplin dan konsisten itu kunci kesihatan. Dan seperkara lagi...Ada orang kata " Owh, saya tak perlukan supplemen, sebab saya masih sihat." Adakah pemikiran kita masih bila sakit baru makan ubat, baru nak cari penawar sedangkan kita makan segala macam makanan yang ada. Ada pepatah lama menyatakan " Perut itu rumah penyakit". Benar. Jadi,instead of treating illnes, why don't we help ourselves to stay healthy? Tepuk dada tanya selera.Take care semua and have a nice day.^^

xX Redcomel Xx

3 comments:

  1. salam....nk tny,boleh x alfafa n lecithin diambil bersama2 slps mkn berat

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Anda mungkin sukakan artikel ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...