Penawar Gout: Alfalfa

Salam.


Mendengar perkataan gout pun dah boleh mereka yang mengidapnya gusar. Kata orang ia penyakit orang kaya, kerana berpunca jika pengidap itu seorang yang suka makan daging, udang, kerang kerangan, & makanan laut. 


Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. 


Sakit gout adalah berpunca daripada pembentukan kristal-kristal asid urik di dalam cecair sendi. Ubat gout yang biasa dibagi oleh doktor itu boleh mengurangkan sakit gout dan keradangan, tetapi ia tidak boleh mengurangkan akar umbi gout, iaitu asid urik.


Elakkan makanan yang mengandungi tinggi purin untuk mengurangkan  derita kesakitan gout.




Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.




Paras asid urik yang tinggi yang menyebabkan seseorang itu mengalami gout. Langkah menyingkirkan asid urik harus dilakukan bermula dalam diet harian kita.


Penawar Gout

Ramai yang tak tahu yang Alfalfa sangat membantu mereka yang ada sakit Gout.Memang Alfalfa tak glamour macam supplemen lain, tapi sangat berkesan dan effektif. Cuba tanya pada mereka yang dah cuba.


Alfalfa  ialah sejenis herba yang kaya dengan mineral dan zat. Ia telah lama di gunakan di negara Cina dan arab sebagai penawar kepada banyak penyakit.


Ibu saya, bonda Sapiah, pengidap sakit Gout. saya berikan Alfalfa untuk pengambilan harian.
Pengambilan  Alfalfa dalam diet untuk mengurangkan tahap asid urik dalam darah.Ia juga bertindak sebagai agen anti bengkak.Bagaimana ia bertindak? Ia bertindak dengan meningkatkan pengumpulan asid urik dalam air kencing supaya ia dapat dikumuhkan sebagai bahan buangan. Apabila asid urik dalam darah berkurangan, ia tidak akan berubah menjadi kristal yang berkumpul di bahagian-bahagian sendi yang menyebabkan sendi membengkak dan meyebabkan kesakitan.
Alfalfa yang Best!




Tips untuk mereka yang mengidap Gout:



1.  Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.

2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram

3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll

4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.

5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi dsb

6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb

7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia dan pewarna dan perisa.

9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.

11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.

12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu

13. Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)

14. Elakkan tembikai dan tembikai susu

15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.

16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

17. Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.

18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.

21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.

22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.

23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis




Saya berharap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat pada mereka yang memerlukan maklumat tentang penyakit Gout. Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik. 




I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

2 comments:

  1. Askum...anak saudara sy ada sakit kuku rapuh n semua kuku..perempuan n umur 7 tahun..supplemn apa yg sesuai utk dia ye.
    Harap dapat mbantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan. Saya cadangkan Mealshakes dan vitamin c untuk masalah anak puan. Kandungan protien dan vitamin C merupakan gabungan terbaik untuk menghasilkan kolagen dalam badan dan menguatkan struktur kuku dan rambut. Puan boleh hubungi saya di 019-6154956 untuk mendapatkan produk ini.

      Delete