Cara Mengempiskan Perut Buncit

      Ramai antara kita yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan menurut kajian, Malaysia adalah diantara negara yang mempunyai ramai rakyat yang obes.  Masalah perut buncit merupakan masalah global yang dialami oleh ramai orang, lelaki mahupun perempuan. Lelaki yang mengalami masalah perut buncit ini biasanya berada di pertengahan umur dan wanita pula disebabkan oleh kehamilan yang biasanya berat badan naik mendadak dan selepas bersalin pun perut yang buncit tidak juga kembali kempis.


      Mesti runsingkan kalau perut buncit? Selepas bersalin, saya pastikan saya berpantang sungguh-sungguh supaya perut kembali kempis dengan mengamalkan set berpantang Shaklee yang best tu. Untuk dapatkan perut yang ramping macam mana ye? Ok, saya kongsikan cara supaya dapat kurangkan perut buncit dan kembali boleh kancingkan seluar jeans anda.

CARA KEMPISKAN PERUT YANG BUNCIT

1. Minum air limau
Minum segelas air limau setiap kali bangun dan sebelum tidur berkesan untuk mengempiskan perut jika diamalkan secara konsisten

2. Minum Teh halia
Meminum teh halia dikatakan dapat meningkatkan suhu badan dan menjadikan pembakaran lemak lebih efisyen

3. Makan Ikan Salmon
Amalkan makan salmon sekurang-kurangnya  dua kali  minggu dan lihat  kesannya terhadap ukur lilit perut anda. Ikan Salmon yang kaya dengan Omega 3 dapat membantu memecahkan  lemak perut dan terbukti dapat mengurangkan penyimpanan lemak dibahagian perut.

4. Jangan minum minuman manis
 Sayangnya minuman manis kalorinya tinggi.Kalau diminum cukup banyak akan meningkatkan berat badan. Kes obesiti terjadi kerana pengambilan air manis yang berkalori tinggi sejak  kecil.

5. Rehat yang cukup
 Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.

6. Minum Teh Hijau
 Teh hijau merupakan   salah satu bahan makanan yang paling sihat di dunia juga efektif sebagai cara mengempiskan perut secara semulajadi. Jenis teh ini  sangat digemari oleh masyarakat di Jepun dan China.

7. Tingkatkan Metabolisme dengan bersenam
Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%.Metabolisme yang tinggi akan membantu pembakaran lemak dan mengurangkan pengumpulan lemak diperut.

8.Jangan Stress.
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Boleh amalkan tips-tips di atas untuk mengempiskan perut yang buncit, ya.



TOWARDS BEAUTIFUL AND HEALTHIER LIFESTYLE

KHAIRANI BAHAUDIN ID 866293
PM ke : www.facebook.com/messages/Redcomel
Call/Sms/WhatApp : Pn Ani 019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment