Bahayakah Diabetes Sewaktu Wanita Hamil?


      Diabetes wanita semasa hamil adalah sejenis penyakit kencing manis (DM) atau diabetes yang dihidapi oleh wanita semasa mengandung ( Gestational Diabetes Mellitus atau GDM) lebih kurang 4% wanita hamil di kesan mengidap GDM. ia biasanya dapat dikesan semasa kandungan berusia 28 minggu hingga minggu ke 34. Namun penyakit ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan.



BAGAIMANA GDM BOLEH TERCETUS?

-Keadaan ini berlaku akibat perubahan hormon dalam badan (estrogen, kortisol, dan juga lactogen dalam uri) dan juga pertambahan berat badan semasa hamil adalah satu perkembangan yang sihat. Namun perubahan ini menyebabkan badan mengalami ketidakcukupan hormon yang di panggil insulin , iaitu hormon pengawal gula dalam badan. Kekurangan hormon insulin mempenngaruhi hormon dalam placenta, kadar gula dalam darah meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya diabetes semasa kehamilan

RISIKO
 Risiko yang boleh dihadapi oleh bayi dalam kandungan adalah:

  • Pertumbuhan bayi lambat
  • Bayi menjadi lebih besar
  • Bayi berisiko menjadi lebih besar
  •  Bayi berisiko mengalami mati mengejut dalam kandungan
Walaubagaimanapun penyakit diabetes di kalangan ibu hamil akan reda selepas bersalin kecuali ibu tersebut memang ada sejarah keturunan atau faktor lain seperti obesiti .

 

0 comments:

Post a Comment